Penyakit Dari Laman Sosial

Monday, May 3, 2010


Tajuk en3 nie cam x leh blah kan? Aku just nak luahkan pendapat aku je tentang masalah sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Kalau ada yang x setuju dengan pendapat aku terpulang, tapi jangan plak buat group Facebook "We hate pauhputik".

Sekarang kalau diperhatikan semakin banyak laman sosial nie dekat tenet. Sesetengah orang x kisah tentang benda nie, tapi bagi aku kita kena kesah sebab benda nie banyak gak merosakkan pemikiran orang kita bila ia disalah gunakan terutama para remaja. Maklumlah kat sini semuanya boleh taip dan post tanpa memikirkan akibatnya.


Sekarang laman sosial paling glamour di internet adalah Facebook. Semenjak kewujudan Facebook neh, semakin banyak kita tgk ratyat kita menyalah gunakan Facebook untuk memuaskan keinginan hati masing2, mencaci, menghina, malah ada yang sanggup membuat ugutan bunuh macam kes sehari dua yang kita baca kat paper tentang ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa orang2 kita nie dah x ada benda lain ke nak buat? Konon bila keyboard di tangan, maka akulah yang berkuasa di alam siber nie. Lps post bukan2, tutup akaun. Setakat berani baling batu sorok tangan buat apa.  X kan x nak amik pengajaran lagi dari benda2 yang dah jadi kat orang lain sebelum nie. Nie la orang kata jenis x makan saman. Saman memang bukan untuk dimakan, tapi amik la iktibar atas benda yang dah jadi kat orang lain.

Suami isteri pon bleh bergaduh pasal benda nie. X mustahil kalau ada yang jenis cemburu kuat. Maklumlah jumpa kenalan lama, tambah2 yang berlainan jantina, siang malam duk berbalas komen, x cukup ngan tu mesej kt tlpn ag. Kononya dah lama x jumpe. Kalau aku jadi suami orang pon aku cemburu. Dayus beb kalau x jeles tgk is3 duk bermesej-mesej ngan laki lain.

Aku bukan anti-facebook atau laman sosial lain. sebab aku pon gunakan gak khidmat benda alah nie, cuma semenjak kewujudan benda nie main banyak plak masalah sosial yang berlaku. Dulu myspace, friendster ngan tagged sering dijadikan medium untuk mencari teman %*$#%%. Benda nie betul jadi, so jangan la amik remeh je tentang benda alah nie.

p/s: Masalah ni dapat dibendung kiranya kita tahu matlamat kita bila menggunakan laman sosial nie.So jangan jadikan benda nie barah dalam kehidupan kita, kerana lambat laun benda nie akan menyebabkan penyakit yang lebih serius. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

p/s2: Jangan kerana jari, badan merana tido dalam hotel besi.

10 comments:

azizan4444
Monday, May 03, 2010 10:51:00 PM
 

kawe br aktif fb..tu pon x bpe lg...bab2 hok demo nyatakn tu mmmg bnyk lani..kawe pon xtaw pe motif dorg bt gtew..sptotnye guna lah utk kebaikan bersma..ad jgk faedahnya...

'AQILAH
Monday, May 03, 2010 10:58:00 PM
 

aku bukak fb untuk main game..hehe

stoberycoklat
Monday, May 03, 2010 11:58:00 PM
 

fb salu gukk...update status..pastu blah.heheh

Unknown
Tuesday, May 04, 2010 1:01:00 AM
 

pandai2 lah gune kalau nk idop..hahaha

Deen
Tuesday, May 04, 2010 2:58:00 AM
 

laman sosial ni bagus sebnarnya..selagi kita gunakan dengan cara yg betul...

x-po
Wednesday, May 05, 2010 3:26:00 AM
 

nsb baik kawe xaktif fb, smggu skali jah bukok..sbb apo kawe xaddict supo kawe addict dgn blog? sbb main fb xleh satu sen habuk pun..

Anonymous
Sunday, May 09, 2010 11:58:00 AM
 

amboiii...TAKBIR, HIDUP NIK AZIZ.!!

finalcross
Sunday, May 23, 2010 7:55:00 AM
 

Ntah knape aku tk bole blah nk lyn FB ni. Aku rela lyn twitter dr lyn FB. Wat aku pening je FB ni. yoshhh

topek
Wednesday, May 26, 2010 9:12:00 PM
 

dasat ar en3 ko ni matju. pape pun, aku sokong. mmg betul bende2 cam ni kadang2 boleh timbulkan masalah sosial. tu sume terpulang pada usernye masing2.

by the way, yg menghairankan, masa time popularnye Myspace, Friendser.. xde plak gov nak sibuk2 wat akaun. dah ada FB baru la galakkan sume rakyat supaya berFB.

tp yang paling ketara, cikgu2 aku ar. dulu, bende2 cam ni la yang paling diorang anti. tp bile ada FB, masing2 buat akaun. hahaha... zaman kemajuan IT la katakan. x mustahil satu hari nti, proses P&P pun boleh berjalan dlm Laman Sosial mcam ni. Cikgu pun leh rilex duk rumah ngadap PC.

PS: ni cume pandangan aku jer.

farah
Friday, January 25, 2013 4:47:00 AM
 

sokong..^___^

Post a Comment

JOM BELI MURAH MURAH