Junior & Senior

Monday, August 17, 2009

Junior dan senior. Skunk nie ada lagi ek orang guna istilah nie. Bagi aku istilah nie hanya untuk membezakan orang lama dan orang baru. Tapi sekarang nie benda nie bukan digunakan untuk membezakan orang baru dan orang tapi untuk membezakan sape berkuasa sape kena perintah. Kenapa kuasa? Sebab pelajar kita memang diasuh cam2. Bila kita dah lama duduk di sesuatu tempat, orang baru masuk so kena la ragging sket. Disebabkan senior nie orang lama, jadi kita perlu hormat dia lebih. Macam jumpe wajib bagi salam tunduk muka la, dia bagi arahan kita patut ikut la.

Sekarang benda nie masih diamalkan di mana2 IPT terutama masa orentasi. Aku cukup2 tak setuju ngan cara camni. Kononnya untuk mendidik pelajar baru supaya untuk menghormati orang yang lebih tua (senior). Kat rumah tu kurang ajar sangat ke sampai nak kena didik balik. Masa sekolah boleh la. Masa dah masuk U pon x kan ko nak ajar benda tu. Macam senior nie berkuasa penuh je kat pelajar baru. Padahal dieorang pon student jugak. Kadang2 habis orentasi pon nak berlagak senior lagi. Kenapa wujud lagi manusia2 begini. Kalau orang yang berfikiran positif dia akan anggap junior tu sebagai kawan. X de nak anggap budak2 nie cam orang asing.

Mesti tertanya-tanya kenapa tiba2 aku tulis en3 camni. Tadi aku pegi rumah member aku, ada junior baru masuk. Aku nie jenis banyak cakap, so aku tego la budak nie. Budak nie jenis masuk kepala so aku melayan. Gpon aku bukan tua sangat, 20 pon baru nak masuk. Hahaha. Pas2 aku gie borak2 ngan member aku, member aku kate x boleh tegur junior cam2, nanti naek kepala. Ada aku kisah?? Sebelum nie macam aku x penah jumpe junior cam2. Yang aku jumpe bila dah bertego baek cam2 makin baek ngan aku ada la. Kalau dah kerek x yah la layan. X puas ati pukul je, kate orang lame berkuasa sangat. Bagi aku ada hikmah gak baek ngan orang nie. Nak mintak tolong pon senang kalau ada emergency.

Aku x kate pikiran member aku KOLOT, tapi bagi aku istilah nak tunjuk kuasa kat junior sebab kita nie senior dah lapuk la. Bagi aku semua orang sama je. Gpon blaja sini sama2 bayar, bukan tempat nie atok kite punya. So x salah kan nak anggap semua orang kawan. G2 lagi bahagia. Lagipon kawan nie ada macam2 ragam. Kalau masuk kepala teruskan berkawan, rasa x leh masuk, cuba elakkan dari jumpa dia. Kalau rasa cam nak dihormati sangat, ko blaja betul2, jadi BOS. Suruh anak buah ko hormat sampai x de orang berani angkat kepala kalau tegur ko. Tapi bahagia ke g2???????

p/s: pade yang senior yang suka sangat pikir korang tu berkuasa pikir la balik, x de guna wat cam2, sebab orang makin benci. Bahagia ke hidup kita nie kalau orang asyik x puas ati ngan kite??????

sumber gambar : http://www.myhealth.gov.my

11 comments:

x-po
Monday, August 17, 2009 11:37:00 AM
 

hoho aku stuju dgn demo boh..bab tlg mnolong tu, kawe stuju sgt la..yela, kot2 kito ada prob, oghe blh tlg kito..klu kito wat baik, oghe akan wat baik ko kito mula

Nyetok
Monday, August 17, 2009 12:05:00 PM
 

betul3, tradisi raging junior ni basi doh, kalu ibarat roti gak tumbuh kulat payung doh.. tempat nok ngaji, bukam nk tunjuk baram sapo lagi sedap, palo sapo lagi besar. sokong.!

Zura
Monday, August 17, 2009 6:10:00 PM
 
This comment has been removed by the author.
Zura
Monday, August 17, 2009 6:10:00 PM
 

ala klau nk org hormat kite ade cara yg baik...klau buat cm tue lg org benci...perasan bagus...

sharamli
Monday, August 17, 2009 8:53:00 PM
 

sepatutnya xde k0t..
slalunya kal0 pr0gram ap2..kal0 jawatan2 diterajui 0leh juni0r...biasanya yg si seni0r ni bila diberi arahan...bknnya nak wat...
padahal bila 0rg s0h jdik ketua..penak0t..

sayalahfaizul
Monday, August 17, 2009 9:08:00 PM
 

nak bangkang leh tak? jangan marah ye...

senioriti di sesetengah tempat (berdasarkan pengalaman sendiri) memainkan peranan yang penting. macam aku kat sini, kami pernah dilantik oleh pentadbiran untuk jadi SENIOR YANG RASMI, atau dalam istilah di UM ni dikenali sebagai PEMBANTU MAHASISWA, yang kerja separuh mati sepanjang minggu orientasi.

sewaktu adik-adik junior kami tidur, kami berjaga, demi keselamatan dan merangka gerak kerja untuk keesokan harinya. sewaktu junior-junior yang sihat menjalankan aktiviti di dewan, kami senior-senior yang awalnya sihat, mula demam kerana kepenatan. sewaktu junior-junior buat silap (atau TAIK), kami lah yang jadi sasaran amarah pentadbiran.

senior-senior ni jugaklah yang bermati-matian menyiapkan segala urusan pendaftaran pelajar2 baru ini, agar senang untuk ke kuliah. bermula dengan pendaftaran kolej, melarat ke pendaftaran subjek, pengurusan dokumen2 untuk urusan kesihatan dan perubatan, sampailah menguruskan pinjaman pengajian (kena wat jugak!!), semua kami lakukan... sebab itu tugas senior.

tapi kami pun manusia biasa. kadang-kadang perasaan amarah datang jugak bila budak-budak junior ni ignore je ape yang kita cakap, padahal ini untuk kebaikan diorang. senior nak junior2 ni jadi manusia.

kalau asyik nak dimanjakan, jadilahh kucing. kalau asyik nak diperhatikan, jadilah ikan emas. kalau asyik nak kene puji, jadilah merak...

dan kalau sudi jadi mahasiswa yang berguna dan kuat, terimalah teguran dari senior.

saya akui, di sekolah dulu, konsep senior junior kadang-kadang di salah gunakan. tapi di universiti, konsep tu menjadi satu tanggungjawab, satu amanah.

wajar ke junior-junior melayan SENIOR-SENIOR yang mengorbankan cuti berbulan (untuk persediaan orientasi) dengan melawan kata-kata senior? wajar ke junior-junior pijak kepala senior walaupun cuma bergurau?

kesimpulan saya; sama ada junior atau senior, memang sama sahaja. dua2 manusia. dua2 mahasiswa. dua2 perlu dihormati.

tapi pauh, seikhlasnya saya masih menyanjung tinggi pengorbanan senior2 saya di kampus ni, kalau bukan sebab diorang, saya tak tau saya di mana sekarang.

hidup bermasyarakat bukan bermakna kita lupa tentang budaya dan adat. tak bermakna kita hidup dalam komuniti kalau kita gagal MENGHORMATI maksud USIA, PENGALAMAN, dan PENGORBANAN orang lain.

sebelum pening dengan jawapan saya, saya undur diri dulu. harap2 jangan delete komen ni. tapi saya pun nak post mende ni di blog saye...

semoga berjaya di kampus.

sayalahfaizul
Monday, August 17, 2009 10:02:00 PM
 

x-po... setuju sangat2

nyetok - betul tu... tapi UNIVERSITI ni jugakla tempat kita belajar menda2 kehidupan... belajar jadi MANUSIA dan PEMIMPIN, bukan setakat jadi MESIN dan PEKERJA

zura - hak manusia nak menyukai atau membenci... normal la. kalau dah melampau sangat, sape yang suke... betul x...

sharamli - biasela tu... sebab senior ade pendapat dan pengalaman. kadang-kadang bukan nak memerintah, cuma nak tengok benda2 ni jadi elok... untuk kebaikan bersama... apapun, terpulang pada persepsi masing2...

Zaim Salleh
Tuesday, August 18, 2009 8:04:00 AM
 

hmm... nak komen gak lah... sayalahfaizul.. memanglah kalau jadi pembantu mahasiswa kalau kat tempat saya belajar dulu pembantu minggu mesra siswa... kita diberi tanggungjawab... tapi kitorang baik jek ngan junior.. takder pun nak takot takot kan diorang.. zaman kitorang masuk dulu memanglah azab ngan senior.. siap suruh gi jumpalah itulah inilah... tapi kitorang malas nak buat camtu.. buang masa... baik kita berbaik jek ngan junior.. takde pun yg naik kepala... semua ok jek.. leh lepak lagi ramai ramai... bila ada masalah leh tolong sesama.. tapi kitorang ngan senior ada masalah sikit lah.... tulah.. konsep senior junior ni kena betul...

Kuwe
Wednesday, August 19, 2009 8:14:00 AM
 

Hahaha

kawe tok rajin raso weh keno ragging2 ko gapo.tunjuk2 kuasa ko gano.kawe dulu skoloh bek2.masok u pom.bek2 sajo.aihh

ije
Thursday, August 20, 2009 7:51:00 AM
 

tabik berspring untuk tuan tanah. uhu. junior pun manusia gak.

triple x malaya
Sunday, August 23, 2009 7:03:00 AM
 

salam blogger n salam ramdhan dari aku...

Post a Comment

JOM BELI MURAH MURAH

Recent Posts

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget