Aku dah masuk ostel

Thursday, August 13, 2009

Ketika menulis en3 nie, aku sudah berada di dalam ostel. Wah x sangka aku akan mendiami lagi bangunan ostel setelah 3 sem aku tinggal di luar. Yang bestnya kali nie, aku serumah dan sebilik dengan member kamcing aku naz (orang gombak). Peraturan kali nie pelik tau sebab pelajar x dibenarkan memilih roomate cam sebelum nie. So ramai la yang x puas ati dengan peraturan baru nie, termasuklah ynn, zati, ika, intan n ayun(yang nie aku x tahu x puas ati ke x). dieorang nie bajet nak duk serumah tapi x dapet. PADAN MUKA (dalam ati aku kesian, ayat je bunyi kejam...)

rahsia aku dapat ngan sebilik ngan naz, meh nak cite. Di suatu malam yang gelap gulita, di perkarangan masjid india, terdapat ...... eh eh pe aku mengarut nie. Masa daftar tu aku ada jugak mintak nak duk sebilik ngan member tapi dia ckp x boleh. Masa tu naz duk kaunter sebelah ngan aku. Aku buat2 x kenal je. Masa submit borang tu borang aku ngan naz dia letak bertindih sebab 2 kaunter dia guna satu bekas untuk borang. So masa dia nak bagi kunci dia 'ter'bagi aku duk sebilik ngan naz. Aku x tahu samada dia ter atau sengaja. Pape pon aku syukur la dapat sebilik ngan dia nie. gpon dr sem satu lagi kenal, aku pon percaya dia.

kepada ynn n the geng, lepas 2 minggu lagi korang apply la kalau nak tukar rumah, sebab orang JN dah gtau sape nak buat perubahan pape, rumah ke bilik, bleh berbuat demikian 2 minggu lagi. Aku dah siap kemas barang nie. Aku bajet dapat 1st floor je tapi dapat 3rd floor, letih wo nak nek. Bulan puasa nie x tahu camner la aku nak harung benda nie. tapi x pe, dapat sblk ngan member sendiri ok la. Budak bilik depan aku nie yang aku mushkil, aku x kenal dia, tapi dia kenal dia, camner nie. Mana la dia kenal aku.. Hahahahahah

lagi satu best pasal bilik baru aku nie, bilik aku mengdap betul2 depan ostel pompuan. Way syok ma. tutup lampu intai ikut tingkap ape dieroang buat. hahahaha... bapak jahat perangai aku nie. Sebenarnya terbalik, aku siap tutup rapat2 lagi langsir bilik aku sebab takut time nak gie mandi dieorang tgk, pakai seluar dieroang tgk, malu seyh... x sanggup aku gadai maruah aku untuk pomuan tgk. hhh

p/s: walaupun x suka dieorang tgk aku, tapi aku suka tengok dieorang.. hahahah

Read more...

Windows 7 RTM

Monday, August 10, 2009

Salam semua. dalam en3 lepas aku dah bagitahu yang laptop aku sekarang menggunakan windows 7. Jika sebelum nie aku sibuk duk gtau aku guna windows 7 RC sekarang aku dah berlih guna windows 7 RTM. Nak install version rtm nie bagi aku mencabar la sebab macam2 crack aku guna br dapat activekan windows nie. Sebelum install kat lappy aku, member aku dah bagi 2 biji laptop acer model pe ntah, yang aku ingat processor AMD je kaler itam. Dia suh wat experimen kat c2. Tima kasih. So aku testing la c2 cam tutorial kat blog KILLVEARN ngan JOMPHP. Tapi still x dapat2.

Last2 skali aku masukkan windows 7 RC je dekat lappy dieorang guna key yang aku dapat dr en micro S. Semalam dieorang dah balik ke POLISAS pon lepas cuti H1N1. Kesian x dapat merasa version RTM nye. Lepas anta dia naek bas, aku balik umah wat experimen agi, sempat gak bertweet ngan MOHDISA (bukan akta keselamatan dalam negeri tau). Dia gtau dia leh je active. So aku g cek plak komen aku dekat blog KILLVEARN psl benda nie, aku post bila aku dah lupe. Dia reply ckp gie tengek dekat blog ANARM plak. Aku pegi sana, baca n3 dia n download crack. Last2 skali active jugak windows 7 RTM aku. Tima kasih ANARM.

Nie la rupa windows 7 kawe lowni,

DEKSTOP

PROPERTIES

SYSTEM INFORMATION

Last skali aku nak ucapkan tima kasih kat KILLVEARN, JOMPHP, MOHDISA, ngan ANARM sebab bagi aku info pasal windows 7 nie beserta crack2. hehehehe.. Aku wat clean install tau bukan upgrade.

p/s: sengsapa x guna windows 7 nie rugi la sebab, sebab ape??? SEBAB IA BEST???? masalah internet protokol aku pon dah settle pas guna windows 7 rtm nie.

Read more...

Laptop & Windows 7

Friday, August 7, 2009


my new OS - Windows 7 RC

Kali nie nak post pasal Windows 7 lak. Tentu ramai yang dah guna version BETA atau RC (Release Candidate). Aku nie nak kata paham sangat pasal benda nie x la sangat. Tapi aku buat post nie berdasarkan review yang dah aku baca dekat blog JOMPHP ngan KILLVEARN. Sungguh arif beliau berdua nie pasal windows.

Semalam aku dah install Windows 7 RC (menggunakan key yang sah - microsoft bg) dalam lappy aku. Aku buang semua OS aku sebelum nie Windows XP dengan Ubuntu. Walaupun agak sayang dengan kedua-dua os tu, aku relakan demi mencuba benda baru. Dulu vista aku x de la excited camnie nak guna. Vista dulu aku install kat PC aku je. Ternyata Vista mengecewakan aku. Masa mula2 install ok la, tapi bila dah la lama pakai terasa dia punya hampes tu. Nasib baek x install kat lappy aku.

Lappy aku nie memang support kalau nak masuk Vista coz aku nye design nie memang dibuat untuk XP tapi support Vista gak (DELL INSPIRON 640M). Tapi sebab masa install kat PC umah aku tu dah menunjukkan keupayaan beliau untuk berkerja dengan kurang baek, maka aku 'pecat' dia dari PC aku dan 'ambik' XP semula. Ternyata XP bibik yang baek untuk PC aku. Selamat lappy aku kalau dah mesti format lagi dan lagi.

Mengikut yang baca dalam blog Eins (JOMPHP), version BETA dan RC nie akan tamat pada JUN 2010. Atenttion ye pade yang guna version nie, nanti pas abis tarikh nie korang kena la beli Windows 7 yang original atau beli pirate version. Dalam blog dia jugak ada kate sepatutnya full version (rtm - release to manufacturers) akan dilancarkan pada 22 OGOS. Tapi benda nie dah bocor ke laman torrent terkenal (thepiratebay.org). Sape nak g la cari ek.

Aku dah download RTM nye version n belum ada masa nk upgrade agi sebab aku x leh nak extract dia nye file cam Eins ajar. So kena burn dalam DVD dulu la. Tapi DVD writer aku plak rosak, so kena la gi burn umah member aku esok pas2 baru leh upgrade dengan senang hati. Pasal dia product key plak korang x yah risau sebab dekat blog KILLVEARN dia ada bagi link untuk crack menda nie. So apa lagi tunggu, meh ramai pakat guna Windows 7 hok baru nie.

Driver pasal benda nie x yah la risau sebab pas install semua benda ada, sound, graphic card, wireless. Sekalipun benda nie x de, driver vista pon boleh je masuk sini. Sepanjang aku guna nie satu je poblem, tapi kecik punya hal la, tiap kali aku nak connect internet kena setup internet protokol dulu. aku guna stremix tapi guna modem usb, tu sebab jadi gini kot, gpon driver dia tok xp. walaupun dah save, pas restart dia akan reset ke default.

p/s: sape ase nak pakai tapi susah nak donlod, gtau la aku, nanti leh aku tlg burn n anta, tapi cas le sket.

Read more...

Travel (Same x pengalaman kite?)

Thursday, August 6, 2009

Aku dah bosan ngan en3 pompuan dan nyah, arini nak wat en3 pasal aku sendiri la plak. En3 kali nie aku tahu jarang antara korang penah rasa @ x penah terlintas langsung nak cuba benda nie. Tapi benda nie la jadi kenangan paling indah dalam hidup aku. Ntah la indah ke x. Tapi nie berharga sangat2.

En3 kali nie ada la kaitan gak la ngan en3 tiub less dulu. walaupun agak sama mungkin berlainan, x pe la sebab aku dah tandus idea untuk menaip di pagi yang sejuk2 ketika korang sedang dalam selimut melayan mimpi jadi Juhi Cawla ngan Shah Rukh Kahn. Sape kate x kenal objek 2 orang nie x tahu la. hahaha

Korang mesti penah travel jauh2 ngan kete kan. X kesah la pegi mana2 pon, janji korang jadi musafir. Tapi korang mesti x penah travel ngan motor jauh2 kan. Aku nie kepala otak gila sket, tu bleh berulang balik Kelantan - KL (Sem 1,2,3) naek motor (sengsorang bukan berteman tau). Aku bukan ada superbike pon, tapi ada Honda Ex-5 je. Jalan ngan kete mesti best walaupun tghr sebab ada air-con, sekalipun bukak cermin mesti ase sejuk.

Tapi aku panas ke hujan ke, semua aku dah rasa time rider jejauh nie. Walaupun naek Ex5 je, tapi aku still yakin untuk travel jauh. Macam2 bleh rasa tau. Sakit bontot yang teramat, dihimpit kereta yang dibawa gila oleh orang gila, dll. Sesungguhnya bawak motor jauh nie banyak cabaran tau. Tapi banyak2 kenangan tu, aku suka time lalu bukit n tgk bukit menghijau. tenang gila ase bukit2. naek kete pon leh tgk tapi x sama feeling rider nie.

Time naek bukit x dinafikan memang berat gila vavi, kadang duk main gear 1 ngan 2 je terutama dekat Bukit Tujuh ngan Genting Sempah, tapi time turun bukit aku la raja, bleh tgk motor naek high speed. Pengalaman nie x leh dijual beli weh. Skunk nie motor aku dah x leh jalan jauh dah. Dah uzur bebenor. Tapi sape ada nampak motor ex-5 no plate DAL 1152 bawak cam cilaka tu hon la ek.

skunk tgh pikir mana nak korek duit nak trek-in motor tu. Tapi mak aku x bagi dah angkat motor baru, sebab mak aku tahu, ada motor baru mesti balik Kelantan ngan motor lagi. Mak aku memang anti aku merempit jauh2 nie. sebab tu nak balik kampung aku x penah gtau mak aku, nanti dia risau. Tahu2 dah sampai.

p/s: masa muda la nak try benda2 camnie, bila tua bila lagi mahu try. btul x???? sape nak try ok je, tapi percaya ngan diri kita, berdoa dan tawakkal.

Read more...

Kete & Pompuan ( X paham aku)

Wednesday, August 5, 2009

Ketika aku menulis en3 nie, jam sudah menunjukkan 4.34 pagi waktu di KG KASA, PASIR MAS, KELANTAN. ntah apa aku buat sampai skunk aku x leh tido. sebenarnya aku gie jenjalan blog kengkawan sambil klik kengkawan nye nuff. Nati datang sini klik la aku punya balik ek. Nanti sama2 kita leh dapat cek.

Tajuk kali nie ok x? Kereta dan pompuan. Hari nie just nak share pengalaman aku time bawak kete ke tempat study 2 sem. 1st skali time time sem4 (kete abang aku coz dia sambung blaja - Kelisa SE) n sem lepas sem 6 (kete kakak awek aku - MyVI SE). Sem depan dah x dak kete dah melainkan abang aku terbang ke obersi skali agi.

Sepanjang aku bawak kete ke sana mcm2 benda berlaku tau, antaranya membabitkan pompuan. Market lebih korang tau x bawak benda nie. Aku nie boleh dikategorikan laki biasa yang x dak rupa ( x caya tanya ynn - budak kelas aku). Tapi bila pakai kete g kelas, pompuan mesti tgk semacam je, senyum lebar, klu abang tego agak2 dapat no phone x?? Seb baek aku nie x berminat sangat mengorat pompuan (x nak curang). gpon budak2 yang senyum bukan aku x tahu, bukan senyum sebab aku tapi sebab kete.

Sem lepasnya agi best. korang tau tak sepanjang budak sebelah umah pindah umah x penah dieorang tego aku (dak pompuan). Tapi bila aku bawak balik kete je kat umah, terus tego. Tego x pe, nie siap panggil aku abang agi. X penah agi orang pompuan panggil aku abang melainkan adik aku. Geli pon ada gak. Pas2 time aku nak kuar je mesti ada budak sebelah umah comel nie sibuk duk menyapu halaman rumah la. Macam2. X paham aku.

Tapi walaupun aku bawak kete, aku bukan jenis lupa diri, sebab tu bukan harta aku. Aku sedar aku nie hanya mat rempit datang dari kampung n nak blaja tok jadi mat rempit berjaya. Cuma aku x paham kenapa time aku bawak motor x penah nampak pompuan senyum kat aku. Jangan kata senyum, dengar enjin motor jeling pon tidak.

so pada awek kat luar sana tu cek nak pesan, tgk mamat bawak kete tu jangan pikir tu kete dieorang. x yah nak gatal lebih2, kang dah kaple, tahu2 naek bas selangor je nak g jalan2. hahaha.. Kepada laki plak, ingat pompuan kekadang bukan pandang anda, tapi pandang harta anda. Aku x kate semua same tau, gpon ada yang x pandang laki g2 sebab dia pon ada kete sediri. So, jadilah anda pengguna yang bijak dalam memilih barang keperluan anda.

p/s: merempit lagi best la. sebab merempit nie la dah banyak kali eksiden, langgar kete, orang jalan kaki, dll. Tapi semua aku lari.

Read more...

Laku Jugak Aku Upenya (Terharu)

Pest skali nak ucap time kasih kat CIK YANA (klik nama untuk ke blog en beliau) atas kad persahabatan nie. Kan best kad nie klu bawak gie beli belah n dapat diskaun. hahahah. X dapat la cek. Kepada kengkawan sebelum nie penah bagi award ke apa sebelum, klu aku x amik jangan marah ek. Maklumlah time sibuk duk Unisel, x sempat nak bukak tenet n update. Kekadang bukak g2g2 je. <------ Alasan je lebih jantan nie. Padahal malas nak update. Cakap terus terang kan senang.

Dah x yah nak ngarut lebih2 plop sini. Jom kita berbalik pada tajuk en3 kat atas, maybe en3 x panjang tapi aku saje nak update, kang abis sumber pendapatan aku lari (orang datang klik nuff aku - tq). Semalam time aku tgh on9 baca blog korang, aku terima satu e-mail. Cam biasa la dah on9 ym mesti kuar icon surat tu dekat taskbar bila orang send e-mail. Maka aku pon klik la icon tu n masok dalam inbox.

E-mail yang masuk tu bertulis cam nie, Reminder from myspace (camni kot), Mimi Aziz has sent message to you. Click here to read this message. Aku dalam hati pergh ada pompuan anta mesej kat aku (market gak aku nie ek), nak kata mesej forward x mungkin sebab objek nie x penah ada dalam list aku. Tanpa buang masa aku pon baca la mesej dia. Ayat depan dulu ek. Yang last nanti cite " Hi u on9 ke skang? Nak kenal boleh?". Dalam hati boleh gak sebab tengok gambar dia cun.

Tapi yang hampesnya bila baca ayat akhir, nak termuntah lak aku "I nyah!!". Apa kejadahnya dia tego aku camni. Aku termenung jap, muka nie muka gay ke??? X paham aku ngan objek2 camni. Baru ingat aku nie laku ngan pompuan, skali laku ngan nyah. Tidakkkkkkkkkkkkkk. Vale, Jijang tulun kawe.... Kawe x brehi jate, kawe brehi tino jah.

p/s: len kali klu tengok nama pompuan jangan ingat dia tu pompuan. nanti jadi cam aku, market la konon, skali Tipah Tertipu.

Read more...

Sem Baru 1/2009/2010 (Semester Akhir)

Monday, August 3, 2009

Salam semua. Sebelum memulakan en3 nie, gambat sebelah x dak kene-mengena pon ngan en3 nie. Skunk leh start cite. Aduh makin hari makin malas nak update blog. Kenape??? Ha ini yang kita x tahu. Sejak cuti nie aku asyik bukak tenet baca metro, friendster, myspace, facebook ngan youtube. Tu la rutin harian aku. Sesekali melawat gak blog korang. Aku x tipu tau. Aku baca perkembangan korang cuma jarang nak mengkomen, insyaAllah pasni klu aku pegi blog korang aku komen. heheheeh.

Lagi seminggu aku nak masuk blaja balik dah. Aku mintak2 H1N1 x melanda tempat aku walaupun masa sem pendek aritu dah ada kes student kena H1N1. Tapi sorang je la. seb baek dia x tutup sebab final seminggu agi masa tu. Klu cuti gak x tahu la camner. Balik pas final ramai lak member duk umah sebab tempat dieroang blaja kena serang ngan H1N1 nie. Alhamdulillah semua member2 aku jumpe setakat nie sehat walafiat.

Berita baek untuk aku sem depan aku leh masuk ostel. X sabarnya nak duk ostel walaupun ostel sebenarnya tempat yang membosankan. Ye ke???? x jugak. Duk dalam nie best sebab x yah nak bazir minyak motor berulang alik, klu kelas ada jarak sket pon x yah risau pikir x dak tempat nak duduk. Gpon ostel ngan fakulti aku dekat sesangat. Ikut pintu pagar belakang pon leh sampai. Cuma duk dalam ada peraturan la sket, x leh kuar pas kul 12 tgh mlm.

Bagi aku tu x jadi hal, janji klu hujan aku x ponteng kelas, maklumlah aku nie kan mat rempit. Minyak motor jimat, lagi bleh exercise sebab fakulti ngan ostel dekat. Jlan kaki je la. Tambah pagi2 awek ramai lalu depan ostel laki nak g kelas. Mana tahu ada yang terpikat, leh pasang no 2. Klu awek aku tahu mampos.

Agi satu benda aku suka ngan ostel sebab ada almari kayu, katil best, ngan meja blaja, br selesa nak blaja. Nak mandi pon leh mandi banyak2 dan eletrik x yah risau x tutup laptop ke apa, sebab semua dah masuk dalam yuran. So ujung bulan x yah pikir tentang bil ke apa. Duk umah sewa macam2 kena pikiaq.

p/s: daftar sem br abes agi wit. tidak... ptptn masuk kena bayar hutang seseorang lak. RM500 lak tu. tapi x pe, hutang wajib dibayar kan. huhuhuhu

Read more...