Final Exam 3/2008/2009

Sunday, June 28, 2009

Salam semua , sowi dah lama x update, sibuk blaja (yo yo o jew). Arini update sebab ase blog nie dah penuh ngan kutu-kutu babun yang menyemak, arini ku gagahkan diri untuk menebas semak samun yang telah aku tinggalkan selama nie... heheheh... pe lak aku mengarut nie... hahaha.... sedar x sedar aku dah nak final sekali lagi 3 minggu lagi.. 20-27 (aku pon x tahu bape aribulan tok paper aku amik) Tapi yang berbeza kali ini, aku cuma amik 2 paper je sem nie. Subjek QC ngan Electronic..... Lecturer sem nie aku ok jew terutama ngan En Fairuz lecture Electronic, bapak best dia mengajar sampai aku x nak miss kelas dia.

Alhamdulillah setakat nie aku x penah agi ponteng mana2 kelas. Selalunya tiap2 sem mesti aku ada wat hal. Purata aku ponteng kelas setiap sem 2 kali untuk setiap kelas.Masuk ari selasa nie genaplah sebulan aku duk sini. Padahal x genap pon pasal aku dah 2 kali balik kampung sejak datang sini. Manja sungguh aku nie. Pe aku peduli, maklumlah jadual banyak sangat free sampai aku x tahu nak wat apa. Tu yang sampai 2 kali aku balik kampung. Minggu nie je aku malas nak balik(padahal duit dah kurang).

Sem depan aku dah apply dok ostel coz sem bulan 8 nie sem akhir kat unisel. Gpon aku nak fokus skit study sem depan. Aku tgk pointer aku setiap sem2 lps mendatar je. Tapi aku puas ati la ngan result setiap sem yang aku dapat walaupun x hebat cam orang len. Bak kata orang, bagaimana acuan begitulah kueh. padanlah ngan aku yang pemalas cam kutu babun orang bela sebab malas syampu.

p/s: Dalam pale duk pikir pas abis bulan 8 nie, mana aku nak praktikal???? Pas praktikal perlu ke sambung Degree?? konpius, konpius........

Read more...

Tayar Tubeless

Sunday, June 21, 2009

En3 lepas bertajuk e-mail, kali nie nak bercerita tentang tayar tubeless plak. Tapi en3 nie tidak sesuai kepada pemandu kereta, lori, treler, bas, mahupun bot pancung kerana en3 nie untuk penunggang motosikal sahaja. Walau bagaimanapun ianya juga tidak sesuai untuk pengguna motosikal yang menggunakan rim jejari (rim lidi klu di Kelantan) di bandar ataupun di luar bandar kerana bila tayar bocor, anda akan cepat2 menyalin tiub baru. Jadi pengguna motosikal dalam kategori manakah yang tergolong dalam en3 kali nie. Jom baca dalam perenggan yang kedua.

Pengguna yang aku maksudkan ini ialah pengguna motosikal yang menggunakan rim jejari untuk perjalan jauh (travel). Kebanyakkan motosikal br yang guna sportrim dah guna tayar tubeless so x yah risau pape la klu nak jalan jauh. tapi bagi yang still guna rim jejari klu bocor tgh2 bukit memang susah nak cari pomen melainkan korang bawak pam angin, tube spare dan peralatan nak tukar tayar. So klu bocor tgh2 hutan mesti gelabah kan.

Caranya senang je nak jadikan tayar yang digunakan kat rim jejari nak buat tayar tubeless klu bocor. caranya buangkan tube dalam tayar korang (pandai2 la kopek tayar tu sendiri) , pas2 masukkan rumput2 @ lalang(klu kat jalan berbukit berlambak) yang panjang ke dalam tayar motor korang. Masukkan sebanyak mungkin sehingga tayar tu mampat n boleh berjalan. Pas2 korang leh jalan cam biasa, tapi bila jumpe kedai motor, tukarlah tiub segera.

Cara nie aku penah guna masa tolong budak USM Pulau Pinang time balik Kelantan tahun lepas. Masa nie aku suka sangat travel ngan motor aku. Aku balik Unisel ke Kelantan follow jalan Grik (sorang2 je tau). Masa sampai kat Tasek Banding jumpe mamat 2 orang nie duk tepi jalan sebab motor pancit. Masa nie ada sorang brother nie berenti bg tube, tapi x dak pam plak. Dah x dak cara len aku suh la dieorang gunakan cara di atas.

Menjadi beb. pas2 dari Tasek Banding tu kitaorang teruskan perjalanan balik. Sampai kat Batu Melintang jumpe la kedai motor, so buang la rumput dan lalang tadi n ganti dengan tube baru. Dari Tasek Banding ke Batu Melintang amik masa 3 jam(selalu sejam je). Perjalanan aku balik paling lama ngan motor yang nie la. Aku gerak dari Unisel kul 10 pagi, sampai Pasir Mas kul 10 malam...

p/s: Motor memang x leh bawak laju klu masukkan rumput @ lalang, tapi klu korang jalan jauh pon tayar x rosak tau.

Read more...

E-mail

Tuesday, June 16, 2009


E-mail dari MyBank2u

ai geng lama dah update blog nie... ari nie tetiba free so aku datang le ke library tok on9 kejap... maklumlah dah lama bebenor x on9 kang korang dah lupe terus kat aku. Sebenarnya x dak la topik baru pon nak cite sebab sem banyak asiment so makin kurang la on9. gpon faktor connection ke internet satu yang jadi poblem, memang kat umah dah ada wireless curi tuh, tp x kan la ari2 nak guna. huhuhu..

Penah tengok e-mail cam gambar di atas tu???? mesti ramai yang penah dapat e-mail cam2 kan. Tajuk e-mail tu "Unblock Your Account" from "MyBank2u". Baca betul2 bukan maybank tapi mybank. Nampak sangat menipu. Nie la e-mail yang selalu radio duk pesan ari2 supaya jangan tertipu yang menda alah nie. Memang klu diperhatikan pada dia punya link dia tulis "https://www.maybank2u.com.my", tapi cuba perhatikan pada korang nye status bar dekat browser tu. Bila korang letak cursor atas link tu, link dia bukan ke web maybank2u, tapi akan ke page yang seakan-akan sama dengan page maybank2u. hampeh tol.

klu login aku x tahu la dia wat apa nga kita nye akaun. mungkin sedut semua duit dalam tu kot. pada sengsapa yang selalu guna internet banking mesti dah alert ngan benda nie. En3 nie bukan nak tunjuk aku pandai pn :p, cuma nak kongsi ilmu je sket. Klu salah tolong betulkan.


p/s: klu nk login ke page secure camnie make sure kat korang nye address bar tu kuar "https" bukan "http". S tu untuk security. klu ada s kat belakang nanti lambang anak kunci akan kuar dekat status bar.

Read more...

Wireless Free

Friday, June 5, 2009

Wah nampak gaya kali nie budak2 umah aku dapat durian runtuh sebab berjaya hacked wireless security penduduk dekat taman aku. Walaupun speed x laju sangat tapi boleh la bukak YM ngan blog. X pasal2 x yah pikir dah masalah tenet nie. Hope la owner tu x kan perasan sampai bila2 kitaorang guna wireless free nie. Save skit duit tok tenet n aku x yah menebalkan muka gie library lagi.

Problem benda alah nie klu nak on9, kena duduk dekat dengan pintu masuk umah, tapi aku x kesah janji dapat on9. Tapi klu dapat jumpe owner nye line nie, nak jugak aku share bayar bulan-bulan. Maklumlah aku dah siap wat asiment guna dia nye connection lagi. Nak jugak keberkatan. Risau gak aku takut x berkat guna line curi2 nie… tok bukak Friendster ngan myspace tu langsung x rasa bersalah.

Dah stop cite tu, skunk aku nak umumkan esok aku akan ke Kuala Terengganu sebab abang aku ajak, pas2 balik Pasir Mas 2 hari tok cuti2 malaysia. Budak2 umah aku nak naek Genting Highland esok. Aku dah x nak join coz sem lepas lbih 5 kali naek Genting. 2 hari lepas pon naek lagi jalan2. Habis melayang duit. Dah la makan mahal kat atas tu. Tgg la aku kaya br aku naek plak. Skunk tgh sengkek sebab PTPTN x support sem pendek.

p/s: hacked tu bukan guna cara illegal pon, tapi main teka-teka password je…. Heheheheheheh……..

Read more...

Biskut Chipmore

Wednesday, June 3, 2009

erm dah lama x update blog nie. agak2 apa kaitan tajuk en3 kat atas nie ngan en3 nie, memang x dak kaitan cuma nak nk tunjuk mulai skunk aku akan kejap on9 kejap x. trademark iklan chipsmore kan "Kejap Ada Kejap X De". skunk nie dah masuk sem baru, huhu jadual padat la skit coz sem pendek kan, jadual pon double la walaupun 2 subjek je sebenarnya.. kepada kengkawan blog semua jangan memarah klu aku x sempat nak menjenguk ataupun komen2 en3 terbaru kamu, maklumlah on9 kat library je nie. klu sempat insyaAllah ari2 aku datang sini on9..

aku dah try dah celcom broadband guna 3g modem tu, hasilnya LEMBAB+TEKANAN=HAMPEH. nak loading satu page tu makan nasi habis sepinggan pon belom tentu lagi page tu leh bukak sampai habis. mungkin sebab coverage tempat aku xde 3g kot. tu pasal lembab semacam. kira aku x jadi la nak subscribe pakej rm68/month tu.

dah abis cite broadband, skunk nak masuk cite pasal tempat blaja lak, aduh lec straight la plak sem nie... tapi seluar jean still leh pakai lagi, so x dak la straight mana pon, tapi kelas x leh datang lambat, baju kena kolar... waaaaaaaaaaaa..... ada lec tu ckp pakai baju t-shirt biasa cam nak gie gembala kambing je... terhinanya ase sebab masa dia ckp aku x pakai baju kolar, tapi aku x dak bela kambing pon... hahhahahahahaha... x pe, no hal, aku leh ikut je peraturan dia nie, x dak la susah mana pon nak ikut.



p/s:walaupun guna internet kat library nie FREE, sebenarnya benda nie dah cas dalam yuran pendafatran, guna ke x tetap kena bayar untuk perkidmatan ICT.

Read more...

Anta kete

Tuesday, May 26, 2009

Salam semua tok pembaca blog pauh putik. Nampak gaya kemesraan kita semua akan terhenti seketika sebab mulai ari khamis aku dah x leh wat blog walking cam biasa. aku dah nak balik KL ari khamis nie. so klu lambat jenguk kowang, jangan la marah ek. Psl broadband tu mungkin aku try dulu guna sebulan yang CELCOM. daripada ulang alik ke cc, dah la rm3/jam.. klu 3 jam duk cc dh rm9 aku bayar. klu wat keje berbaloi la, tp klu blog walking aku ase ok je pakai CELCOM broadband je. modem beli yang 2nd hand je kot.

Balik KL kali nie aku dapat tambang free coz x payah beli tiket bas @ tuang minyak ke dalam tangki kete. hahah sebenarnya aku diamanahkan tok anta kete owner nie. MYVI SE putih bernombor pendaftaran DBC 3**8. Dia cikgu ngajo kat Sarawak, balik cuti pasal nak grad kat maktab. So kebetulan aku nak balik KL time dia nak grad, so dia pon mintak la tulun aku anta kete dia nie ke KL. Tapi yang bestnya tentang perjalanan aku kali nie, jom ke perenggan seterusnya.

Balik KL kali nie aku ditemani, bakal wife aku (insyaAllah, doa-doa jodoh panjang), bakal mak n bapak mertua aku, n bakal kakak ipar aku. Kete nie kete kakak awek aku gak. tetiba aku ase segan tahap dewa nie coz bawak family awek aku dalam nie. tidak, aku rasa malu. kenapa aku malu plak, pdhl aku yang beriya-iya nak tolong. siang ari nampaknya x leh la bawak laju coz banyak SPEED TRACK terutama di jalan, Kuala-Krai-Gua Musang, n Merapoh-Kuala Lipis. sape ase2 nak jalan siang time blk kelantan-KL atau sebaliknya, awasilah jalan nie.

-----------------------------------------------------------
update skit

aku sebenarnya suka pakai topi time bawak kete
tapi ayah awek aku x suka laki pakai topi
aduh nk x nk aku kena ikut gak la, nanti kang
x dapat lak anak dia

------------------------------------------------------------

p/s: esok malam nampak gaya matju kena tido awal coz lusa nak bawak penumpang ramai. PANDU DENGAR CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Read more...

Celcom Broadband Vs Streamyx

Sunday, May 24, 2009

Geng, abe pauh skunk dalam dilema la nak guna perkhidmatan mana satu tok internet. Kat kampung x risau coz streamyx dah ada dan x dinafikan streamyx is the best walaupun ada gangguan line kekadang. Masalah besar skunk kat tempat study abe pauh x dak internet, tambah2 duk umah sewa. so skunk kena decide nak guna internet mana satu. Nawaitu nak guna streamyx, tp yg nie ada contract setahun, aku duk sana pon x sampai setahun pon lagi, klu register nanti rugi la.

Tentang celcom broadband, aku br lepas search info kat tenet td, ramai pengguna yang kate x yah guna celcom broadband nie coz dia nye internet tu limited walaupun dalam pakej unlimited. hampeh tol la. klu guna sampai 5gb line kena banned, x pon jd slow. Nie untuk pakej rm68, malas nak cr pasal pakej yh mahal2, kang x mampu plak n aku x nak bayar untuk perkhidmatan yg x dak untung untuk aku.

klu pilih tok guna streamyx masalahnya s.d.a iaitu aggrement setahun, tapi aku dah ada plan jahat dalam pale nie. Sem depan ada budak pompuan (junior) nak pindah kat umah sebelah, aku ingat nak daftar internet guna nama dieorang la. tapi aku rase aku jahat plak coz pergunakan dieorang nie untuk kepentingan aku. nanti x pasal2 nanti abes study dieorang poblem nak terminated benda nie. tapi dunia skunk mana ada pikir benda nie, buangkan rasa bersalah tu n gunakan dieorang(ada yang berbisik cakap camni kat aku --sape ek???).

aku skunk kebingungan sama ada aku nak terus gi cc 24 jam ke, guna celcom broadband @ gunakan bakal budak sebelah umah aku tu.

p/s: agak2 korang mana satu pilihan paling tepat?????

Read more...